BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 30, 2011

terbang :P

my sis nok balik doh,,,esok last day dio boleh makan ketupat puas2,,lps nih susah plop nok jupo,,,haha

thn dpn lah plop kalu nok jupo blik gak,,,lps raye nih,,tgl ikmal ngan farha jah kat umah,,,semua org sibuk ko study lps nih,,
  • aq sibuk exam final
  • k.yana sibuk practical smpai muntah2
  • amir sibuk final exam
  • sis sibuk study

mood raya,,,

sepupu hok paling comel+manja

Sunday, August 28, 2011

hikmah berzikir


Terngiang-ngiang bayangan Masjid Pondok Pasir Tumboh, masjid yang menjadi tempat solatku sejak umur lima tahun lagi, kali ini nak cerita pengalamanku ketika belum berlepas ke Mesir.
Selepas solat Subuh di masjid tersebut, masjid tersebut mengadakan majlis berzikir sehingga jam 8.00 pagi.
Sememangnya pada permulaannya kita akan rasa malas untuk berzikir, tetapi ketika aku berada di rumah dalam tempoh masa yang agak lama kerana sedang menunggu keputusan SPM cuba juga kuatkan diri ini menyertai majlis zikir ini.
Antaranya ialah, kebiasaanya selepas solat Subuh aku akan terus tidur walaupun sukar untuk melelapkan mata. 
Beberapa minggu selepas itu, aku terasa ada kelainannya sejak aku join majlis berzikir tersebut.
Tetapi sejak aku turut serta dalam majlis zikir tersebut, aku sudah tidak lagi tidur selepas subuh. Aku akan cuba berzikir dan mengingati Allah.
Aku pelik juga kenapa dan bagaimana aku boleh mendapat kekuatan sebegitu, sehinggalah aku mendapat maklumat tentang kelebihan berzikir daripada sudut sains ini.
Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna.
Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.
Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik yang dikenali sebagai elektro-ensefalogram (EEG).
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.
Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.
Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otakku ketika itu mula memahami perkara baru, dan mula melihat daripada perspektif berbeza. Aku juga menjadi semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum mengamalkan zikir otak tidak sebegini.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di University of Washington dengan menggunakan ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.
Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.
Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.W.T yang bermaksud: "Orang yang berzikir kepada Allah ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau di tengah-tengah pepohonan yang kering."
Oleh itu , saudara-saudaraku seislam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini sudah lama mengamalkannya dan menerima

bahang hari raya..

semua orang sibuk sediakn kelengkapan untuk hari raya,,,kesian pulak tengok lembu,kerbau ngan ayam,,,semua sedih sebab mereka akan jadi mangsa manusia,,,haha...ramai orang akan buat rendang ayam,daging,,,huhu,,,,,tapi,,,si semut pulak pakat bergembira sebab dapat benda2 manis2,,haha sabar je lah,,,,,,,

Saturday, August 27, 2011

inDahnya Mendapat Hidayah


Setiap kita punya cerita sendiri. Ada yang dicanang-canang di kedai kopi. Ada yang tersimpan rapi. Walau apa pun cerita kita, kita tetap sama, punya rasa yang serupa.
Aku begini, kau begitu. Cara sahaja yang berbeza dan malam ini, tiada beza seperti malam-malam yang telah berlalu. Saya masih di sini, di rumah. Jasad di sini. Jiwa melayang entah ke mana. Akan tetapi bukan itu isunya yang utama.
Kepulangan kali ini nyata berbeza dengan yang sebelumnya. Bukankah hidup perlukan perubahan? Dan perubahan itu sepatutnya menjadi sesuatu yang lebih baik. Bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga orang-orang di sekeliling. Ironi sekali perubahan itu tidak berlaku di sana, di United Kingdom.
Sebaliknya di sini, di Malaysia. Akan tetapi segala persediaan dan proses menyiapkan diri berlaku di sana. Cuma di sini yang terdetik hati setelah dibulatkan tekad. Hidayah Allah itu sangat indah bukan?
Samalah juga dengan hijab yang bermula dari selendang, kepada tudung bawal dan Alhamdulillah, sekarang tudung bidang 60'. Saya ada terfikir untuk berpurdah akan tetapi hasrat itu masih tersimpan kemas di sudut hati. Dan segala proses ini berlaku di sini, sepanjang cuti musim panas.
Apa yang kita perlu buat hanyalah usaha. Sama ada mahu atau tidak dan sejujurnya, perubahan yang berlaku mengambil masa tidak sampai dua minggu. Bermula dengan berjinak-jinak dengan skirt labuh dan seterusnya blaus yang longgar, akhirnya membawa kepada jubah yang labuh dan sangat longgar.
Secara jujur, segala tindakan diambil tanpa berfikir panjang. Segalanya terasa sangat mudah dan dipermudahkan. Dan saya sentiasa berdoa moga kali ini saya akan istiqamah dan moga setiap apa yang saya lakukan Allah redha.
Apa tidak ada yang menyoalkah? Tipulah andai tidak ada mulut-mulut yang ringan dan rajin bertanya. Semuanya saya jawab dengan senyuman. Tidak kurang juga ada yang menyindir. Tetapi apabila diingat kembali perubahan ini kerana-Nya bukan kerana insan, hati saya tenang kembali.
Bukan penghargaan dan sanjungan dari insan yang saya cari akan tetapi saya hanya mahu menjadi hamba-Nya yang benar-benar mahu mengabdikan diri pada-Nya.
Di rumah terkadang ummi dan ayah bertanya. Sekembalinya saya kali ini bukan sekadar ingin goyang kaki di rumah. Selalu sahaja tidak berada di rumah rentetan tuntutan kerja. Ya, bekerja untuk Allah, dengan Allah dan kepada Allah.
Selalu adik merungut katanya kakaknya ini sibuk mengalahkan usahawan. Usrah sana, usrah sini. Program sana, program sini. Bukan saya tidak sedar, kadang-kadang ummi dan ayah turut berkata perihal yang sama cuma saya pekakkan telinga.
Bukan apa, mungkin ini adalah satu kejutan buat mereka (pihak keluarga). Anak yang tidak pernah didedahkan dengan usrah dan program seumpamanya kini bergiat aktif mengikuti usrah. Dan mungkin 'penghijrahan' saya turut mengejutkan mereka.
Pengharapan itu tetap ada, agar kedua ibu bapa redha dengan setiap apa yang saya lakukan dan mungkin memahami realiti yang sedang terjadi. Bukankah redha Allah juga terletak pada redha kedua ibu bapa? Dan kini sudah menjadi tanggungjawab saya terhadap keluarga.
Dakwah kepada keluarga, maksud saya. Mungkin ada mulut yang menyoal, "Apa baru setahun jagung berjinak-jinak dengan jalan ini sudah ada angan-angan mahu menjadi dai'e?"
kuatkan hati saya dan melembutkan hati kedua ibu bapa yang amat saya kasihi.
Bukankah dakwah ini tanggungjawab bersama dan satu proses yang berterusan? Tidakkah kita mahu masuk Syurga bersama-sama orang yang kita sayangi? Saya minta supaya Allah 
Melihat dari suatu sudut, mungkin inilah proses tarbiyah yang harus saya lalui. Perjalanan saya masih panjang. Masih banyak yang perlu saya pelajari dan tempuhi. Semakin banyak yang saya pelajari, semakin banyak benda yang saya tidak tahu.
Sahabat saya berkata ini adalah satu petanda yang baik kerana itu tandanya saya sedang belajar. Dan ya, saya hanya seorang pencari Tuhan.
Agama itu sudah lengkap dan sempurna. Hanya saya yang masih dalam perjalanan. Di lebuh raya mengenal agama dan buat para sahabat pencari Tuhan, jangan bersedih (la tahzan).
Sesungguhnya Allah bersama kita (innallaha ma'ana). Kerana anda tidak sendiri. Anda masih ada Allah dan Rasul-Nya. Anda juga ada saya. Yang dicari bukanlah penghargaan dari insan, cuma redha dari Tuhan.

Friday, August 12, 2011

Bagi laLuan untuk Exam

6 paper sudah dilalui.. tinggal 3 paper lg,,,semoga berjaya Azrina+

Cemerlang
iaitu malambangkan keunggulan kehebatan dan keterampilan.Contohnya remaja yang cemerlang ialah remaja yang berpegang kuat kepada ajaran Allah..

  • Akhlak sangat penting dan perlu dijaga..
  • kesucian hati
  • kasih sayang
  • jangan berprasangka buruk..
  • lemah-lembut
  • berhati-hati
 semog dapat menjadi pengajaran kepada semua kerana cermerlang dalam peajaran tidak menentukan hidup jikalau AKHLAK tidak dijaga....