Kami sering berbincang kenapa hati tidak bergetar ketika disebut nama Allah, adakah kita belum lagi boleh disebut orang-orang yang beriman. Alhamdulillah saya sudah faham.
Kaedah berzikir dan mengingati Allahnya tidak betul, kesedarannya tidak tepat. Lihat saja kesedaran kita ketika mengingati Allah ketika bangun malam dan bertahajud sehingga dialirkan rasa gementar, syukur dan mudah menangis.
Namum kesedaran itu jarang kita gunakan bila kita mengingati Allah pada waktu-waktu yang lain terutamanya pada waktu siang. Kesedaran yang total, ruhani kita aktif menuju Allah.
Saya sangat bersyukur diajarkan Allah perkara ini dan terus dapat saya fahami betapa kerja-kerja yang dipandang remeh, ringan, mudah dan kecil kalau dibuat kerana Allah begitu hebat ganjarannya di sisi Allah, insyaAllah tersedia ampunan, rahmat dan hidayah dari Allah. Saya bersyukur kerana membungkus DVD itu!
Antara pengajarannya yang ingin saya kongsikan di sini ialah :
(1) Jangan dipandang remeh sesuatu tugasan walaupun nampak kecil dan ringan. Mungkin kerja yang kecil itulah membuka jalan kepada ampunan dan rahmat Allah bila dilakukan dengan ikhlas.
(2) Semua pekerjaan adalah tugasan dari Allah walaupun kecil dan nampak tidak penting di mata manusia. Biarlah kita seorang office boy atau seorang kerani atau seorang pemandu, itu tugasan yang Allah pilih untuk kita dan apabila kita lakukan dengan ikhlas, ganjaran besar menanti kita di sisi Allah di dunia dan di akhirat.
(3) Komen yang saya dapat dari seorang rakan di facebook; apa saja yang dilakukan kerana Allah, yang kecil jadi besar disisi-Nya. Itulah kehebatan ikhlas kerana Allah.
Ayuh, jangan kita tunggu lagi... serahkan apa saja yang kita akan lakukan kerana Allah. Tiada kepentingan diri, keluarga atau apa saja.
Semuanya kerana Allah, insyaAllah kita nanti tinggal bersaksikan hebatnya ganjaran yang menanti untuk orang-orang yang ikhlas kerana-Nya. Semoga kita terpilih untuk tergolong di kalangan orang-orang yang mukhlisin (orang-orang yang ikhlas).. amin..
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

0 comments:
Post a Comment